Showing posts with label yayasan restu wakaf. Show all posts
Showing posts with label yayasan restu wakaf. Show all posts

Wednesday, 28 October 2020

JANGAN BERTANGGUH

Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan.

Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak.
Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita.
Kerna hidup ini hanya seketika.

Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka.

Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.

Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik
Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik

Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih.
Maaf kan sahaja. Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain.
Kerana kematian itu sangat rapuh.

Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan.

Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan sebuah kematian.

Moga bertemu di syurga.

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7. Apabila meninggal  dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini....

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.



Monday, 28 January 2019

INFAK UNTUK MENCETAK AL-QURAN AL-KARIM & TERJEMAHAN MANDARIN

📣INFAK UNTUK DANA MENCETAK AL-QUR’AN AL-KARIM DAN TERJEMAHAN MANDARIN📣*

*_Cetakan oleh Pusat Percetakan Bersepadu Nasyrul Quran

*Usaha menerbitkan Al-Qur’an dan Terjemahan Mandarin oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dengan kerjasama Yayasan Restu merupakan salah satu langkah mempelbagaikan usaha dakwah menerusi seni mushaf

Setiap pembelian kupon yang bernilai *RM100*, anda boleh mendapatkan / _mewakafkan_ senaskhah *Juz ‘Amma dan Surah-surah Pilihan Terjemahan Mandarin* kepada rakan taulan..

📙Juz ‘Amma dan Surah-surah Pilihan Terjemahan Mandarin


▪ Kulit Keras

▪Saiz A4

▪68 Muka Surat


💬Wakaf kepada umat Islam berbangsa Cina dikelolakan oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA)```***************Sumbangan wakaf boleh disalurkan melalui akaun:👇👇👇*_BANK ISLAM:_ YAYASAN RESTU WAKAF (MUSHAF MANDARIN)**14032010093230*

_______________Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:Roshalina Baharuddin*

📱https://www.wasap.my/+60192000023**

📱https://www.wasap.my/+60192000023**

📱https://www.wasap.my/+60192000023*

📞: 03-5511 9001/9002/9003📞: 03-5511 9001/9002/9003📞: 03-5511 9001/9002/9003________________

Alamat:🅨🅐🅨🅐🅢🅐🅝 🅡🅔🅢🅣🅤*📌Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor*Seksyen 10, Shah Alam[Berhadapan dengan MASJID Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz]


🚗 WAZE : Kompleks Taman Seni Islam Selangor🌏 GPS : 3.080965, 101.522603*

📌Kompleks Nasyrul Quran*No. 14811, Jalan P14J, Presint 14, 62675, Putrajaya*_📧admin@restu-art.com / nasyrulquran@gmail.com_**_🌐www.wakafqurani.com / www.nasyrulquran.com_*


HIMPUNAN SURAH & ZIKIR PILIHAN

 ✨HIMPUNAN SURAH & ZIKIR PILIHAN✨ Satu buku, pelbagai manfaat rohani. Sesuai dijadikan teman harian atau hadiah istimewa untuk insan ter...